Friday, 11 March 2011

karangan lawak siot

Saya Ika, umur saya baru 15 tahun. Saya gagal dalam PMR, saya terus bekerja
untuk meringankan beban orang tua.

Saya telah terbaca sebuah iklan yang terpapar di kedai 7-Eleven. Jawatan

kosong sebagai Operator Kilang Penyapu di Sg Besi dengan gaji yang lumayan.

Hampir 6 bulan saya bekerja disana, walaupun saya dibawah umur tetapi saya

diterima bekerja untuk jawatan sementara. Dan sepanjang saya bekerja di
sana saya tidak mempunyai apa-apa masalah, walaupun umur saya muda, tetapi
perwatakan saya seperti anak dara yang meningkat remaja dan saya disenangi
oleh semua pekerja di sana lebih-lebih lagi pekerja lelaki kerana
masing-masing cuba memikat saya, maklumlah ayam muda....lalat pun tak
berani hinggap!!!!! Dan saya senang berkomunikasi dengan rakan-rakan
sejawat.

Saya juga selalu ambil 'overtime', maklum saje lah.....claim yang lumayan.

Saya tidak pernah kenal erti
penat....... . Dan dalam masa yang begitu singkatsaya telah dapat
menyimpan wang dan berbelanja dengan
sewenang-wenangnya.

Nak jadikan cerita...... , pada suatu pagi semasa bangun dari tidur, saya

terus ke bilik mandi. Semasa saya hendak mandi saya telah lucutkan towel di
badan saya.

Alangkah terperanjatnya saya kerana saya lihat ada beberapa helai bulu

yang kelihatan seperti bulu penyapu tumbuh di kemaluan saya.

Tanpa berfikir panjang saya teruskan juga mandi, dan terus bersiap untuk

ke Kilang Penyapu.

Sepanjang perjalanan saya ke tempat kerja, saya terfikir mungkin saya

sudah tidak sesuai lagi bekerja di sana (mungkin alergik penyapu).

Sesampai sahaja di Kilang Penyapu, saya terus bergegas jumpa Supervisor di

bilik khas. Saya pun
memberitahu hasrat saya untuk berhenti kerja pada hujung bulan nanti.

Supervisor itu gugup sebentar kerana tidak menyangka keputusan saya itu.

Mana taknya saya tahu dia ada hati dengan saya........ saya pun memberi
alasan tidak dapat bekerja disitu lagi kerana alergik dengan penyapu.

Lantas disuruhnya saya tunjukkan tempat yang alergik itu. Saya pun apa

lagi...tanpa segan-segan silu lagi
terus menunjukkan bahagian sulit saya yang alergik itu. Tetapi Supervisor
saya tidak menampakkan reaksi
terkejut....malah dia sendiri telah memberitahu saya dia pun alergik malah
lebih teruk dari saya. Saya pun minta dia tunjukkan tempat yang alergik
itu.

Alangkah terperanjatnya saya, apabila dia membuka seluarnya saya ternampak

bukan lagi bulu penyapu yang tumbuh malah ada batang penyapu sekali.. Saya
pun terus meminta berhenti 24 hours dan
terus keluar dengan seribu tanda tanya??????? ?

Tajuk : Pengalaman Yang Boleh Saya Lupakan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutinya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejar nya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helicopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemadu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helicopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi!” dan jatuh ke bumi dan terus bertukar.

Emak saya menghantar helicopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi [emandu itu di dalam bahasa inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging itu dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.